biochemist diana lestari

Selamat datang

Sabtu, 04 Juni 2011

cara membuat roket air


AMARAN : Permainan Roket Air ini memerlukan pengawasan ibu bapa atau orang dewasa, kerana
ianya berbahaya jika ianya tidak dikendalikan dengan betul. Ianya harus dimainkan di kawasan
lapang, jauh dari orang ramai. Ianya berbahaya ketika Pelancaran Roket dan ketika Roket jatuh
selepas dilancarkan.
BAHAN YANG DIPERLUKAN
1. Pam tayar (pompa ban)
2. Roket
3. Pelancar Roket
ROKET
Roket boleh dibuat daripada botol air terpakai saiz 500 ml atau 1.5 L. Lagi besar lagi tinggi pergi
roket dan lebih masa diperlukan untuk mengepam. Botol air diubahsuai menggunakan beberapa
botol atau plastik supaya mendapat bentuk roket. Sayap diperlukan pada bawah roket untuk
penerbangan yang baik. Gunakan tape atau apa yang sesuai untuk menyambungkan bahagian roket.
Muncung roket juga perlu berat sedikit (seberat duit 50 sen), letak plastesin atau apa-apa yang
sesuai dan selamat pada dalam muncung roket supaya roket boleh pergi tegak.
PELANCAR
Pelancar roket boleh dipegang atau dibuat tapak pelancar. Pelancar roket dibuat dari paip PVC yang
biasa digunakan untuk memasang paip dirumah. Sambungkan hujung paip pada penutup paip yang
ditebuk lubang untuk dipasang NAT (vavle) tayar. Nat tayar ini boleh didapati pada tiub tayar
motosikal yang terpakai.
Pelancar roket boleh dipasang pada tapak pelancar yang diperbuat dari kayu terpakai. Ikat tali pada
muncung botol roket untuk dikuncikan pada tapak pelancar
PELANCARAN ROKET
Masukkan air dalam roket.
Pastikan apabila roket dimasukkan pada pelancar, air lebih kurang 40% dari isipadu botol. Kalau
lebih roket menjadi berat dan tak pergi tinggi.
Pegang hujung roket (untuk pelancar tanpa kunci) atau kuncikan roket pada tapak pelancar.
Mulakan pam angin ke dalam pelancar roket. Cuba dahulu 2-3 pam dan lepaskan roket untuk
mendapatkan sukatan bilangan pam yang sesuai. Jangan pam terlalu banyak angin , kerana boleh
menyebabkan roket atau pelancar pecah.
Pastikan tiada sesiapa berhampiran tapak pelancaran roket dan tempat roket dijangka akan jatuh.
Cuba dengan botol kecil dahulu 500ml sebelum mencuba dengan botol besar 1.5ml. Botol kecil
boleh pergi setinggi 100 meter , sementara botol besar boleh pergi setinggi 200 meter.
SELAMAT MENCUBA DAN BERHATI-HATI
JADIKAN INI SEBAGAI AKTIVITI BERILMU DAN AKTIVITI KELUARGA 


Tidak ada komentar: